Unit kimia Kolej Matrikulasi Kedah terdiri daripada 38 orang pensyarah yang diterajui oleh En. Eddy Ermy b. Othman sebagai Unit kimia terletak di aras 2 bangunan pentadbiran bersebelahan unit fizik.

Pensyarah Kimia juga terdiri daripada 10 orang pensyarah lelaki dan 28 orang pensyarah perempuan.Seramai 7 orang pensyarah ditugaskan untuk mengajar Program Dua Tahun (PDT) manakala pensyarah yang selebihnya ditugaskan untuk mengajar Program Satu Tahun(PST).

Subjek Kimia adalah subjek wajib yang perlu diambil oleh pelajar-pelajar modul 1, modul 2 dan modul 3 sama ada pelajar PST mahupun PDT. Kod matapelajaran PST bagi semester 1 dikenali sebagai SK016 manakala semester 2 adalah SK026. Manakala untuk PDT pula kod untuk subjek kimia adalah DK015 untuk semester 1, DK025 untuk semester 2, DK035 untuk semester 3 dan DK045 untuk semester 4.

Moto utama unit kimia adalah “Strive for Excellent”.